1. Perlukan modal dan bajet mencukupi
Lihat modal dan bajet anda, kebiasaannya untuk katogeri beginner / baru dalam dunia fotografi, cukup sekadar membeli kamera entry level / permulaan, yang mana harganya lebih murah dan disertakan kit / perkakasan yang lengkap. Harga kebiasaannya tidak lebih dari RM2000.00.
2. Jenama kamera yang anda mahu
“Beli C atau N sebab yang lain tak bagus”, dialog ini biasa keluar dari mulut individu yang merasakan jenama yang mereka pakai lebih hebat berbanding lain. Perlu diingatkan, jenama dan jenis kamera bukanlah ukuran, yang penting adalah teknik menggunakannya, walau anda membeli kamera bernilai lebih RM10K tetapi menggunakan fungsi Auto, bagi saya gambar anda perolehi sekadar biasa-biasa sahaja. Pilihlah jenama yang anda rasa serasi dan sesuai dengan anda. Cuba melihat dan memegang kesemua jenama kamera yang ada di pasaran seperti Nikon, Canon, Sony, Olympus, Pentak dan lain-lain. Jika anda rasa ianya sudah sesuai dengan anda, tidak terlalu berat dan mudah menggunakannya mungkin ianya adalah yang sesuai dengan anda.
3. Kegunaan yang anda perlukan
Jenis kamera yang anda pilih kadang-kadang bergantung kepada apa subjek yang anda ingin shoot / ambil. Contohnya, jika anda suka shoot / ambil gambar aksi seperti sukan dan sebagainya, kamera yang mempunyai kelajuan 5 fps (frame per second) ke atas adalah yang sesuai. Jika anda meminati landskap pula, tidak perlu fps yang tinggi. Saya pernah terbaca di dalam sebuah forum fotografi, mereka mengatakan bahawa Nikon adalah yang terbaik untuk gambar-gambar landskap manakala Canon pula terbaik untuk gambar-gambar portrait. Namun itu hanya sekadar pendapat, bagi saya setiap kamera mempunyai kelebihan dan kekuranganya.