You Are Reading

0

Tips Membeli Kamera Kompak Atau DSLR

Admin OM Wednesday, 1 August 2012 , , , ,
Di sini saya ingin senaraikan 8 tips untuk anda yang baru untuk memiliki sebuah kamera DSLR mahupun kamera kompak.

1. Perlukan modal dan bajet mencukupi 
Lihat modal dan bajet anda, kebiasaannya untuk katogeri beginner / baru dalam dunia fotografi, cukup sekadar membeli kamera entry level / permulaan, yang mana harganya lebih murah dan disertakan kit / perkakasan yang lengkap. Harga kebiasaannya tidak lebih dari RM2000.00.

2. Jenama kamera yang anda mahu
“Beli C atau N sebab yang lain tak bagus”, dialog ini biasa keluar dari mulut individu yang merasakan jenama yang mereka pakai lebih hebat berbanding lain. Perlu diingatkan, jenama dan jenis kamera bukanlah ukuran, yang penting adalah teknik menggunakannya, walau anda membeli kamera bernilai lebih RM10K tetapi menggunakan fungsi Auto, bagi saya gambar anda perolehi sekadar biasa-biasa sahaja. Pilihlah jenama yang anda rasa serasi dan sesuai dengan anda. Cuba melihat dan memegang kesemua jenama kamera yang ada di pasaran seperti Nikon, Canon, Sony, Olympus, Pentak dan lain-lain. Jika anda rasa ianya sudah sesuai dengan anda, tidak terlalu berat dan mudah menggunakannya mungkin ianya adalah yang sesuai dengan anda.

3. Kegunaan yang anda perlukan
Jenis kamera yang anda pilih kadang-kadang bergantung kepada apa subjek yang anda ingin shoot / ambil. Contohnya, jika anda suka shoot / ambil gambar aksi seperti sukan dan sebagainya, kamera yang mempunyai kelajuan 5 fps (frame per second) ke atas adalah yang sesuai. Jika anda meminati landskap pula, tidak perlu fps yang tinggi. Saya pernah terbaca di dalam sebuah forum fotografi, mereka mengatakan bahawa Nikon adalah yang terbaik untuk gambar-gambar landskap manakala Canon pula terbaik untuk gambar-gambar portrait. Namun itu hanya sekadar pendapat, bagi saya setiap kamera mempunyai kelebihan dan kekuranganya.

4. Lens / Aksesori Tambahan
Selain jenis kamera, lens antara perkara yang perlu juga di ambik berat. Biasanya kamera jenis DSLR akan dijual beserta pakej lensa yang berlainan. Contohnya Sony a300 disertakan dengan kit lens 18-70mm & 55-200mm, sesuai untuk pelbagai keadaan. Manakala Nikon d90 pula di sertakan dengan kit lens 18-105mm dan Canon pula kebiasaanya di sertakan dengan kit lens 18-55mm.

Kebiasaannya, kit lens yang di sediakan oleh pihak pengeluar adalah sesuai untuk pelbagai aktiviti, contohnya kit lens 18-55mm dari Canon, ianya sudah cukup untuk mengambil gambar di luar dan di dalam serta sesuai untuk pelbagai aktiviti riadah. Namun, bagi yang suka kepada travelling / melancong, lensa 18-250mm saya rasakan sesuai, ini kerana ia mampu mengambil gambar dari jarak jauh dan dekat dengan begitu jelas. Manakala untuk majlis-majlis keraian pula, lensa 18-105mm saya rasakan sesuai dan bagi peminat burung lensa 70-200mm atau 70-400mm adalah paling sesuai kerana keupayaannya megambil gambar dari jarak yang sangat jauh.

Lensa terlalu banyak jenis dan kegunaannya, dan setiap lensa mempunyai harga dan nilai yang berbeza-beza. Biasanya harga bermula dari RM300.00 hingga boleh mencecah RM70,000.00.

5. Bandingkan harga & hadiah di perolehi (free gift)
Sangat penting jika anda penjimat dan perihatin orangnya. Jangan lupa bandingkan hadiah yang diperolehi untuk setiap pembelian kamera (free gift), ada sesetengah kedai yang bagi memberikan free gift kepada pelanggannya, ada sesetengah kedai pula agak kedekut  bagi memberikan free gift kepada pelanggannya . Namun, di sini saya ingin memberitahu, jika anda membeli kamera DSLR anda sebenarnya layak menerima hadiah seperti tripod, kad memori, screen protector, beg dan cleaning kit.

6. Lihat keadaan kedai dan pekerjanya
Jika pekerja dan pengurus kedai melayan anda seperti sampah, sila beredar segera. Ini kerana ia akan menyukarkan anda untuk membuat penawaran harga dan juga menyukarkan anda berurusan bagi perkhidmatan selepas jualan.

7. Stabilizer / Kawalan Kesetabilan
Stabilizer / Kesetabilan merupakan satu fungsi / sistem pada kamera untuk mengurangkan gegaran yang menyebabkan gambar menjadi kabur / blur. Terdapat banyak jenis image stabilizer (IS), namun yang biasa digunakan pada DSLR terkini ialah Lens-based Image Stabilization dan Sensor-shift Image Stabilization. Jenama seperti Canon dan Nikon antaranya menggunakan Lens-based IS, manakala Sony, Pentax, Fujifilm dan Minolta antara yang menggunakan sistem Sensor-shift IS.

Apakah perbezaan antara Lens-based IS dan Sensor-shift IS?

Bagi pengguna Nikon dan Canon, IS terletak pada lensanya dan bukan pada badan kamera tersebut. Jadi, sekiranya anada menggunakan kamera jenis ini, anda perlu membeli lensa yang mempunyai fungsi IS, jika tidak, kemungkinan besar gambar anda akan kabur / blur ( jika menggunakan slow shutter atau lens zoom) dan untuk pengetahuan, lensa-lensa yang mempunyai fungsi IS agak mahal harganya.

Manakala jenama seperti Sony dan Olympus pula fungsi IS sudah tersedia di dalam badan kamera. Jadi, anda tidak perlu membeli lensa yang mempunyai fungsi IS lagi malah lensa jenis lama seperti minolta juga boleh di gunakan.

8. Guna kamera yang individu rapat dengan anda pakai
Maksud saya, anda lihat individu yang rapat seperti anda yang memakai DSLR memakai kamera jenama apa. Ini kerana ia memudahkan anda berkongsi lensa dan idea dalam dunia fotografi. Contohnya, jika abang anda menggunaka jenama Canon, anda belilah jenama Canon dan anda juga boleh menggunakan apa jua lensa yang beliau guna, malah fungsi kamera anda tidak jauh bezanya kerana ia merupakan jenama yang sama.

Cukup di sini tips-tips membeli kamera dari saya. 

0 comments:

Post a Comment